Posted by: rabsani | August 31, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,


Get More Happy Ramadan Comments at Myfwenster

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

petikan dari www.zaharuddin.net

selamat berpuasa to all my fren :)

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lps..

“Taqwa itu jalan kita dalam menuju keredhaannya dan Puasa itu salah satu kenderaannya”

Posted by: rabsani | August 25, 2008

Dimana kita?

Assalamualaikum…

Da lame tak update blog..huhu…

insyaAllah..sedikit sharing utk kali ni.

doa senjata orang mukmin

doa senjata orang mukmin

skg ni mcm2 isu ade kt negara kite… yg plg latest..anwar ibrahim nk bertanding… bley bc kat blog org laen …ramai da yg post …

isu dlm kampus lak…smlm da abis konvo fair… best betul tgk senior2 yg da grad…tgk muke sorang2 ..cam hepi2 je… jeles jgk.

anyway… kita da masuk week 6 sebenarnye..sekadar pesanan..

kpd diri ini dan sahabt2 yg sedang hanyut lagi tu ..boley la cepat2 back on track yup… its never too late… !!! budak2 konvo baru je mula sem diorang … kite ?

last2

yg ana nk share kat sini satu hadith yg ana bace hari ni.

Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasa’iy & Ibnu Majah

“Aku adalah mengikut prasangka baik hamba-ku terhadap Aku. Aku bersamanya apabila dia menyebut Aku. Jika dia menyebut-Ku dalam dirinya Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut-Ku di hadapan kumpulan orang ramai maka Aku akan menyebutkan di hadapan kumpulan orang ramai yang lebih baik darinya. Jika dia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan dirinya kepadaku sehasta, Aku akan mendekatkan kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari”

bulan puasa da dekat… ape persediaan kite????

Renung2kn……………

“Life Towards Mardhotillah”

Posted by: rabsani | June 19, 2008

Minyak oh Minyak …

Assalamualaikum….

just nk share psl mendalah ni … ttg harga minyak yg sedang naik ….

negara kita skg ni ..da kecoh pasl ni .. kat paper2 utama ade cite.. pasl kenaikan harga.. n kat blog2 lain pun byk duk hurai pasl ni .. bahkan ..yg tbaru ..PResidn petronas ..hassan merican pun da turun padang ..n lain2 lagi..

kita as rakyat kene tau sbb myk ni ..punca kepada smua knaikan harga nanti … then ..yg hot skg ni ..kerajaan pun ade bagi rebat tunai … ikut jenis kenderaan and so on… nk tau ..kene rajin bace yup…

tgk yg ni

http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20080613002620/Article/index_html

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

taip jek kat google search tu akan jumpe byk psl isu ni..

ape yg ana nk share kat sini adalah ..sekadar renungan kita bersama…

jom lihat sedikit perbandingan dulu dan skg

utk pengunaan kereta Satria Neo 1.6 … biasenye.. 50 liter full tank…

kalo dapat rm625 ni pun …org kaye yg ade byk kete.. tapi kete xjalan sgt..dpt byk duit rebat..yg miskin n sederhana.. ade satu kete jek ..yg tu la yg duk bawak ke sana sini.. dpt rebat tunai utk satu kete jek….huhu yg kaya makin kaya ..yang miskin makin miskin ..tak gitu ???

ana ade cadangan utk kerajaan ..

dengan adenye baki RM 28 tu ..boleh la rakyat isi minyak sebanyak 10.4liter.. lebey kurang satu kotak kecik dlm parameter minyak kat dashboard tu … huhuh… tp kerajaan kena la UP kan rebat tunai tu jadik RM 1900

anyway… kerajaan tentu da pikir mendalah ni ..tapi diorang tentu ade sebab tak buat gitu … ye la.. kerajaan kite byk mende nk kene buat utk rakyat… bagi rakyat susah skit takpelah…

next point ana nk share adalah ..nk komen skit jek ttg rancangan bicara media bersama CEO petronas…

nk tau bley tgk kat sini

http://knizam.com/isu-minyak-bersama-ceo-petronas-di-tv1/

yg versi wordnye

http://www.malaysiakini.com/news/84695

orait… pertama.

Petronas..korek minyak di bumi malaysia.. minyak tu milik rakyat malaysia….

yes …petronas byk berjasa pada rakyat.. cume yg hairannye.. kenapa dalam AKTA PETROLEUM ..PETRONAS bertanggungjawab kepada Perdana Menteri ??? why not bertanggung jwb kepada Rakyat ?? should i say bertanggung jwb kpd PARLIMEN ..yg mewakili smua rakyat.. kalo PM Jek ..means ..sesetgh pihak aje..so .. why not akta ini digubal..supaya segala isu berkaitan hasil negara ini boleh dibahas di parlimen agar ia menjadi lebih BERTANGGUNG JAWAB kepada RAKYAT.

keduanya..

Petronas da citer ..berape byk utng die bagi pada kerajaan..

around RM 570 billion sejak ditubuhkan thn 1974 sehingga skg .. dan dah bg pada kerajaan sbyk RM 336 billion… another facts yg mengejutkan ..sbyk 65% untung petronas dibayar kepada kerajaan yang mane merupakan 35% dari budget kerajaan… byk tu ….we see… petronas da bgtau jumlah yg die bagi.. kita tertanye2 gak.. ke mana,bagaimana,berape, kerajaan gune duit tu ek ??? its now da government part to explain how they expense it …

ketiganya

Petronas really focussg on their work..dari ape yg diciterkan oleh Hassn Merican tu .. really shows dat petronas bukan buat keje main2… byk mende2 yg ana tertanye2..terjawab dlm sesi tu … antara psl kenape kita tak gune NGV secara meluas… n kenape kita tak sama mcm negara2 luar cam arab saudi n venezuela..rite now.. part petronas da jelas … about perbelanjaan yg membazir cam f1 and so on… ana da fhm kenape diorang ni nak sgt buat .. But ..ana tgk disini ..petronas as sykt GLC should realize yg diorang ni bukannye skyt spt skyt myk yg lain ..mereka tak boley samakn diri mereka dgn Esso ..atau Shell…pengeluaran pun takleh lawan saudi… dasar kerajaan kita tak same cam venezuela.. melihat keadaan skg ni ..petronas perlu mengurangkan lebey byk perbelanjaan ke ats perkara2 spt branding company n eksplorasi telaga minyak di tmpt yg memakan kos yg tinggi. Dgn kapasiti pengeluaran 700ribu tong sehari kita mampu bertahan dan dapat keuntungan …oleh itu ..da next agenda yg petronas perlu tekankan adalah bekerja dgn keupayaan yg ade utk kebaikan smua bersesuaian dgn keadaan semasa.

ana rase ..cukuplah ..3 point …

cumenye ..yg ana sedeynye.. kerajaan ..kita ni .. actually ..tidak proaktif dlm menangani isu ini…

kerana.. kerajaan yg proaktif …haruslah lebih ke hadapan dalam sesuatu masalah yg dhadapi rakyat.

ni bila da naikkn harga minyak ..barulah nk rangka itu n ini …so jadilah plan yg ntah ape2… contoh ..rebat tunai tu .. tak logik langsung utk tlong rakyat… pastu skg ckp until mac09..lps tu ??? ape plan rancangn mee segera meraka plak nt?? hhuhu

kenape la taknak duduk semeja dalam parlimen ..ramai org cerdik pandai dlm tu ..bahaskan isu ini .. then dapatkn solution yg lebih bijaksana..jgnlah melihat pembangkang sebagai threat jek ..tgk as ideal patner in solving nation problem….byk je solution laen yg lebey bernas akan tumbuh dari perbcngn sedemikian.. huhuh…

ana faham kerajaan da buat yg tbaik utk rakyat…tp kita as rakyat(golongn Mahasiswa Khususnya-pewaris kepimpinan negara) ..harus meneliti stiap ape yg dibuat kerajaan agar kita mengerti ape yg sedang dan akan berlaku kpd negara….. huhuhu

lastly nk bagi satu analogi ..utk respon pada kata2 ramai pihak yg menyatakan …ini masalah dunia..kita harus hadapinya..kita harus ubah cara hidup ..rakyat harus itu dan ini dan lain2….

Ayah merupakan ketua keluarga …

Walaupun Ayah sibuk di tempat kerja ..die selalunya memberikan yg tbaik utk anak2..

Di satu hari .Ayah mengalami pelbagai masalah di tempat kerja.. dan dia berada dalam tekanan apabila gajinya dipotong kerana ketidakcekapannya and due to masalah ekonomi dlm companynye..

die balik ke umah ..bertemu anak2nye yg masih kecil… dan menceritakan masalahnya..dan meminta anak2nya bersabar n berjimat cermat dlm berbelanja…

anak2nya kebinggungan… mereka tidak berape mengerti ape yg blaku ..dan mereka hanya tahu ..bapanya pasti akan boley menghadapinya.. tanpa mereka sedari ..kehidupn yg bakal mereka tempuhi akan mnyusahkn mereka.. namun jauh di sudut hati mereka..mereka inginkan Ayah mereka menyelesaikan masalah yg dihadapinya..bukanye .penjelasan yg diminta.. kerana meraka anak kecil…

Ayah = kerajaan

anak kecil = Rakyat Malaysia.. rakyat negara membangun ..

kalo remaja atau anak yg sudah matang .. it is equal to Rakyat Amerika.. China..Jepun .. negara2 MAJU…

anak2 ini tidak sama wahai ..Ayah…

renung2kan …

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015182&Itemid=90

“Dan berpeganglah kamu kepada Tali Allah swt , dan janganlah kamu bercerai berai….”
Al-Imran 103

Posted by: rabsani | June 19, 2008

Taqwa

Assalamualaikum…

hari ni ana nk share satu analogi about taqwa ni ..

kita sering kali diingatkn supaya bertaqwa…

kalo muslimin ..stiap kali khutbah jumaat..kita diseru supaya bertaqwa… namun persoalan yg ana nk bwk adalah.. berapa ramai dikalangan kita yg betul2 mengerti akan maksud taqwa ni ?? dan bagaimana nk relatekan dgn kehidupan kite ….

pertamanya ..tgk ayat ke 102 dlm surah al-Imran

“wahai orang2 yg beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNYA dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”

tgk definisi taqwa kat sini

http://www.percikan-iman.com/mapi/index2.php?option=content&do_pdf=1&id=180

da fhm ??  ayat senangnya.. memelihara diri dari larangan ALLAH swt dan melakukan apa yang disuruh olehNYA.

dan juga ade perumpaan taqwa ni ..ibarat berjalan di satu lorong yg penuh dgn duri ..dan kamu berjalan dengan berhati2… ini tak silap ana ade sahabt tanye S.Umar… cube check balik..

perumpaan yang terkesan di hati ana… yg ana nk share adalah…

taqwa ni ibarat kita berjalan di atas batas sawah padi… kita berjalan dgn bhati2..utk elakn diri drpd terjatuh ke dlm sawah.. n if kita terjatuh ..kita kene terus naik balik ke atas batas tu then teruskn berjalan …kite takleh biarkn diri kita terus bergelumang dengan lumpur di dlm sawah tu dan berhenti disitu… kita harus cepat2 sedar dan bangun utk teruskn perjalanan kite..

ia ibarat kehidupan kite… walaupun kita sering kali berhati2 dlm khdpan… adakalanya kita terbabas dan melakukan perkara yg dlarang ALLAHswt .. oleh itu ..kita harus cepat2 sedar ..dan kembali kpd jalan yg benar dgn memohon ampun dari Allah swt…

kerana dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 11

“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri….”

dan dalam surah at-Taubah ayat ke 27

” Setelah itu Allah menerima taubat orang yg dia kehendakinya. Allah maha Pengampun , maha Penyayang”

ayuh kita naik balik ke atas batas sawah tu yup.. jgn biarkn diri anda terus bergelumang dengan lumpur2 itu….

insyaAllah…

credit to Abg amir fadhli

“Dan berpeganglah kamu kepada Tali Allah swt , dan janganlah kamu bercerai berai….”
Al-Imran 103

Posted by: rabsani | June 17, 2008

nk blk UTP …

Assalamualaikum…

dikala cuti yg panjang ni ..

tetiba rase rindu bangat kat kampus yg tercinta..

UTP …

kat situ bley buat byk keje..

boley fokus buat keje…

tak pikir mende lain selain me,my works n my plan …

bley joging kat padang tu ..

bley trainng silat kat bilik martial art or kt ats bukit

nk turun swimg dekat jek…

suasana kat masjid yg best…

bley plan awal utk sem dpn …

bley bace2 buku ..kat library yg canggih tu..

TAPI…

nk makan nasi blauk pagi2 ..bapak susah.. makann kt kdai mamak je byk..

kafe dlm byk tak bukak time cuti ni …

budak2 ni ramai xblk lagi ..nt kalo bosan ..nk ajak sape kuar ???

dc++ ade ke ? kalo ade ..bapak laro ..huhhu ..abes mase tgk cite lak

……………………………………………………………………………………………………………………..

so nk blk awal ke tak ? ? ?

Posted by: rabsani | June 11, 2008

At last (for now)

Assalamualaikum…

at last akhirnye ..blk umah jgk .. :P

anyway.. just nk share 3 hr yg lalu ..ana ulang alik ke hospital sbb ayah ana sakit jantung.

alhamdulillah hr ni da bley discaj ..pastu ..nt kene buat engiogram pd 28july n then maybe nk kene buat bypass ..doa2kn biar dpermudahkn

i hope everything will be ok .. insyaAllah..

kalo nk ikutkn ..hari ni la baru bermula cuti utk sem ni ..

:)

but thn ana byk lagi keje2 tak siap  ni .. for next agenda.. huhuh..

ana harap dpt siapkn all the money matters as soon as possible…

harap2 lepas ni da tak dapat taklifan  yg melibatkn duit2 ni ..uhuhhu ..pening maa main dgn duit2 ni ..

duk tgk2 kt gmail ..

ade ramai org jmpt join wayn ..

tgk2.. best gak ..

:) so ..kpd kwn2..add la ana yup kat sane ..

nama Amin0212 takpun search by gmail ….mohdamin87@gmail.com

okies dats all for now . selamat bcuti smua .. :)

tahniah kpd snior2 yg da kawin ..abg apam & kak aisyah , abg mocks & kak syahad … abg2 n akak2 yg lain2 bile lagi ???? ana doa2kn antum cepat2 kawen yup ..insyaAllah ..aminnnnn

Posted by: rabsani | May 26, 2008

Pangkor !!!

Assalamualaikum

Setiap kali tiba musim final exam …

ana akan set dlm kepala ..lps abis exam kite pegi pangkorrrr…….

tp …setiap kali abis exam… stiap kali itulah plan ana tak jadi2 ke pangkor ..

selalunye jadi mende lain … huhuhhu

kalo termasuk kali ni ..da 4 kali kut ..janji dgn diri sendiri nk pegi pangkor ..tp tak pegi2 ..huhuhh…

aduih… bile la ek nk sampai kat sane ???

misi ke pulau

bile kite kuar melancong ..atau jalan2 ni sebenarnye dapat membantu kita dalam memuhasabah diri …

bile kite lihat keindahan alam ni … baru kita terasa kebesaran KUASA Allah swt…

da lame tak jadi beach boy ni … jom ..sape nk pegi ???? sebelum hari jumaat ni …

kalo takde org nk pg ..nampk gaye ..prgm ni kene fwd ke next sem lagi la huhu ..eh next sem da intern la.. dah tu bile ek nk pegi pangkor ??????????????? :(

-mule mendapat penyakit beach boy ketika belajar di mrsmytdungun yg terletak betul2 di dpn pantai…huhu-

Posted by: rabsani | May 18, 2008

Double Mission

Assalamualaikum

Semalam hari sabtu … ana n da gayongians ..dari utp ..telah bergerak ke ipoh di atas misi yg penting…..

Oleh kerana kegagalan utk memenuhi jemputan cikgu pada 13 mei yg lalu dan pada masa yg sama sedang mencari satu ruang utk bersama senior2 yg akan grad… ana telah comeout dgn idea misi ke ipoh ni ..

Alhamdulillah..segalanya ..berjalan lancar walaupun ..ade kalanye.. penat menunggu orang dan sesat dalam perjalanan .. :P anyway.. da trip was ok ..

Objektifnya… meraikan hari jadi cikgu & meraikan senior2 yg da nk grad..

Overall tentatifnye adalah…

Kitorang pegi umah cikgu … ziarah cikgu ..lepak2 …pastu kalo ikut plan asalnye.. nk pegi jayjay… pastu ..makan besar kat situ ..then ..main bowling or tgk movie sama2 dgn dak2 gayong ni…

But as usually…

Perancangan manusia ni apelah sgt … Allah swt lagi hebat perancangannya dan lebih baik perancangannya.. :P

Selamat hari Lahir cikgu

Disebabkn ..waktu kat umah cikgu tu ..die asyik citer pasal gelanggang awam yg die baru bukak dekat simpang pulai tu ..

So ..die mtk sgt la kitorang singgah kat gelanggang tu .. tgk2 skit..

Oleh itu .. kitorang lps solat magrib tu.. mulalah misi mencari gelanggang tu ..

Hhuhhu ..part ni yg penat syeh..huhuh.. sesat n salah jalan n so on..haha..

Anyway… dugaan sume ni .. :P

Last2 kitorang jumpe gak .. then tgk gelanggang tu ..

Hepinya tgk dak2 yg training kat tmpt tu… mostly smua budak2 kecik ..umur 5 thn hgga 12 kut ..

kelakar tgk diorang buat gerakan

budak2 cute bersilat

Parents diorang pun ade …tgk anak2 training … nice sgt ..

bersama Kak ila

Lps tu ..barulah kitorang pegi makan2.. tp ..tak jadi pegi jayjay..oleh kerana da lapar sgt … mase tu da pkl 10.. so ..kitorang makan2 kat kwsn tu je…

Alhamdulillah… lps tu ..kitorg decide tuk split..sesape penat nk balik ..boleh balik ..sesape nk pegi jayjay.. main bowling or tgk movie ..dipersilakn …

So..ana sbb da penat .. dari pagi duk buat urusan mendalah ni ..ana tak pegi jayjay tu .. letih maaa…

But then ..sempat gak kirim burger Mcd ..heheheh ..thanks yup

*pesanan utk puteri … nanti next time ..jgn kuar lewat2 malam lagi yup…nt kalo nk main2 pegi waktu siang yup… cikgu kan selalu pesan mase training … lps pkl 12 ..takelok main2 kat luar … ish2… :P …so ..next time jgn buat lagi yup …. Okies !!! (biro puteri take note yup) sbb adekalanya..org di atas terlepas pandang.. org yg kat bwh ..yg ade fikrah yg baik ..kena la tegur yup.

Lastly…ana lega sgt ..n bersyukur .sbb smuanya selamat… n cikgu pun hepi dgn kedatangan kitorang .. J (walaupun cikgu tanye hadiah yg ana janji nk bagi tu ..tp tak dpt nk bg la cikgu sbb tade stok la hhuh… hicom sem dpn korang cari ek jaket utp yg cikgu nk tu .. :P )

Ana harap2 adik2 junior yg ikut sekali trip ni ..ingat jalan nk pegi umah cikgu yup ..nt senang korang nk pegi .. … insyaAllah.. sape lagi nk teruskn perjuangan gayong ni kalo bukan korang… gud luck to mat pa.. fidzrul… anuar… erin …najwa ..dilla…

Thanx to all yg mejayakan&melapangkn diri utk lawatan ni yup …

Posted by: rabsani | May 10, 2008

Mama & MUET ?

Assalamualaikum..

Di satu petang yg hening … huhhuu ..dalam duk studi2 for final ni ..tetibe plak mak ana call…

Lalu die citekn psl die akan mule secnd sem in OUM di balai islam kb pada 24 mei ni .. (da day I finish my paper… J )

Huhuhu..

She share some story about her test … muet speaking test…

Last questn, penginterview tu tanye..why do u take this exam ?

Mak ana jwb la pada penginterview tu …… I want to inspire my sons n bla2 bla bla…

:P

Anyway… its up to u mom …

Molek jugak tu ..nt bley la berkhdmat as tenaga pendidik utk msykt plak insyaAllah ..

Sejajar dgn tuntutan islam yg mmg menekankan ttg ilmu ni …

1) Sperti mana dalam surah al-‘Alaq ..wahyu pertama sebut psl “Bacalah”

2) “Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

3) “Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan. ” (az-Zumar: 9)

4) “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya jalan ke syurga.”

5) Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, niscaya di Hari Kiamat nanti, ia akan dikekang oleh Allah s.w.t. dengan tali kekang dari api neraka.”
“Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para MalaikatNya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan yang di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.”
“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang saleh yang mendoakan baginya.”

Actually dgn kdaan cam gini mmg buat ana rase semangat skit nk studi .. J

Okay mum… insyaAllah

I will do my best …. J

Rasulullah saw bersabda

“Apabila datang kepadaku suatu hari , sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada ALLAH azzawajalla , maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu”

———————————————————————————–

Last2..

Hr ni sabtu ..esk ahad.. lagi la debor nk exam ..huhuh..toktau gapo lagi ni structural anlysis.. bab matrx methd n plastc analyss… help me .. :P

Bakpo la subjek ni pelik..huhuhuh… bace exmple n note rase cam phm tp mai soalan ..huhuh ..taktau mane nk start .. ..nevermind ..Gambatte !!!!

Gud luck to all my frenz yg akan menghadapi FINAL EXAM next week..

Sama2 kita buat yg terbaik yup ….

*lps abis semua ni ..dis time misi beach boy mesti dilakukan ….xpdc dakwah ke pangkor ..

Posted by: rabsani | May 7, 2008

Hargainya….

suatu pesanan

Assalamualaikum

just nk share dis nice pic  :)

not much to say in dis condition ….

such a bad timing for this things to happen…

bile ia menyerang spt ini… tagament pun takdpt membantu … ini satu kifarah dosa….

Ya Allah …help me ….

kalo sakit2.. takleh da nk studi ..baru le tau nk HArGai masa yg ade…

pesanan utk kwn2 ..gune mase sebaik2nye yup…prepare 4 final !!!!!

Posted by: rabsani | May 4, 2008

Tika musibah melanda….

Assalamualaikum ….

ya Allah...kami memohon kepadamu .....

Al-Baqarah:156

(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Innalillahi wa inna ilaihi ra’jiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami dikembali)

bilemane kita ditimpa musibah ..kita boleh bace kalimah dalam ayat ni ..

tak semestinya bila kematian shj ..

kalau hilang barang ke .. result exm teruk ke .. dan lain2… kite boleh bace kalimah ni..

dlm surah yg sama ..ayat 153 menerangkan

“Wahai orang2 yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang2 yang sabar.”

melihat apekah sabar itu sebenarnya..

Tentang kesabaran ini diriwayatkan juga, bahwa Nabi Isa almasih as. berkata: “Sungguh engkau tidak akan bisa mencapai apa-apa yang kau cintai, kecuali dengan kesabaranmu dalam menghadapi apa-apa yang kau benci”.

Dalam kitab-kitab akhlak disebutkan bahwa sabar itu ada tiga macam. 1. Sabar dalam musibah. 2. Sabar dalam ibadah dan taat kepada Allah. 3. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Selain ketiga jenis sabar ini ada juga yang menambahkan jenis keempatnya;

yaitu sabar di saat kaya, bahagia dan sejahtera. Banyak manusia yang sabar ketika miskin atau susah, namun ketika keadaan berubah mereka tidak kuat derajat dengan kekayaan atau jabatan; karena menahan lapar di saat makanan tidak ada lebih mudah daripada menanggung lapar ketika banyak makanan di depan mata.

seterusnya dalam ayat ke 157 …

“Mereka Itulah yang mendapat ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

sebagai seorang muslim hendaknya kita dapat melihat bencana di atas dengan sudut pandang keimanan. Kaum Muslim harus sedar bahawa setiap kejadian yang menimpa dirinya entah itu kejadian(baik/buruk) merupakan bentuk kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya.Namun, dibalik kejadian tersebut terdapat hikmah yang dapat kita ambil jika kita mahu bertafakur.bukankah Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya, dan Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya.Dalam surat Al-baqarah ayat 155-157 Allah SWT telah menetapkan bahwa bencana kepada hamba-Nya merupakan ujian yang harus dilewati untuk menjadi hamba yang beriman.Lalu bagi siapa saja yang ditimpa musibah sedangkan mereka bersabar dan redha dengan ketentuan Allah maka baginya rahmat dan berkah Allah serta sebahagian dosanya akan diampuni oleh Allah SWT.

———————————————————————————————————————————

Disini ana mengambil kesempatan utk minta tolong sahbat2 yg bace blog ana ni utk doakn keselamatan keluarga sahabat ana yg accident semalam. emak die sedang berada di wad ICU … kita sama2 doakn moga2 Allah selamatkannya. insyaAllah

insyaAllah segala yg berlaku ini pasti ade hikmahnya

be strong my fren ….bersangka baik pada ketentuan Allah swt …tabahkan hati mu dan bersabar dgn dugaan ini

Allah swt Maha Berkuasa atas segalanya….

Posted by: rabsani | April 25, 2008

Lelaki Sejati

Assalamualaikum

Hari ni hari jumaat… penghulu segala hari … khutbah hari ni ckp bermakna.


Teringin utk ana share ape yg ana lalui hari ni…

Ketika berada di masjid semasa khutbah jumaat hari ini… ana begitu terkesan dgn khutbah yg disampaikan oleh ustaz Rahmat… khutbah yg bermesejkan ttg ”LELAKI SEJATI” ….

Diceritakan ttg ..perihal lelaki sejati menurut islam

Ustz memberikan perumpaan lelaki sejati adalah seperti unta yg boleh memikul beban dan boleh digunakan dalam perjalanan yang jauh.

Beban di sini ibarat amanah dan perjalanan yang jauh itu ibarat perjalanan hidup ini menuju ke akhirat. Seorang lelaki yg mampu memikul amanah dan mampu membawanya dengan baik hingga ke akhirat sana itulah yg digelar Lelaki sejati…

Lelaki sejati bukanlah diukur melalui kekuatann fizikalnya…

Lelaki sejati bukanlah diukur melalui lebat misai dan janggutnya…

Lelaki sejati bukannlah diukur dari segi umurnya…

Tetapi lelaki sejati sebenarnya diukur daripada pemikirannya…

Diceritakan satu kisah

Di zaman Saidina Umar menjadi khalifah…

Beliau telah terserampk dgn sekumpulan kanak2 yg sedang bermain.

Melihat kemunculan saidina Umar… kanak2 tersebut terus melarikan diri namun ada sorang budak tu tidak berbuat demikian…

Lalu Saidina Umar bertanya… kenapekah kamu tidak turut serta melarikan diri?

Lalu budak tu menjawab .. wahai amirul mukminin ..kenapekah ak harus melarikan diri sedangkan ak tidak melakukan apa2 kesalahan???

Satu lagi kisah..

Sorang kanak2 telah mewakili kaumnya.. untuk bertemu dengan salah sorang khalifah di bawah zaman bani umaiyah (if i’m not mistaken)..

Pastu bila die masuk menghadap khalifah…

Khalifah tu tanye die.. kenape kamu yg mewakili kaum mu ? kenapa tidak dihantar org yg lebih tua yg lebih arif ?

Lalu budak tu menjawab.

Kalau lah begitu pendapat tuan , masih ramai lagi (org tua) yg layak menjadi khalifah …kenapakah tuan yg menjadi khalifah ?

Daripada dua cerita ni … ustz menghuraikan ..seorang lelaki sejati ..seharusnya mempunyai pemikiran yg bijaksana dan di kaitkan dengan tiadanya faktor umur dalam menentukan seseorang itu lelaki sejati. Diterangkan lelaki pada masa kini …zahirnya sahaja berusia matang tetapi pemikiran masih lagi di tahap yg rendah…

Lelaki sejati adalah lelaki yang pemikirannya bijaksana dan keseluruhan hidupnya adalah sentiasa untuk meningkatkn keupayaan dirinya.

Lelaki yang berusia lanjut sekalipun jika hidupnya masih bermain2 di ruang emosi yg tidak stabil … menjadikan perkara yg tidak penting sebagai penting ..dan menghabiskn masa hidupnya dengan perkara sia2… tidak layak digelar lelaki sejati.

Lelaki sejati merupakan golongan yg mempunyai character mereka tersendiri dalam kehidupan ini…. mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah2 yahudi ..dan merekalah yang akan menjadi role model dalam kehidupan ini.

Di zaman ini ….

Golongan pemuda dilonggokkn dengan pelbagai hiburan dan gaya hidup barat yang tidak selari dengan tuntutan islam…

Perkara2 melalaikan yg dimomokkn ke dalam setiap ruang kehidupan masa kini ..menyukarkn wujudnya golongan lelaki sejati ini….

Namun begitu ..ayuhlah kita ..kembali kepada ajaran Islam yang sebenar….

Ianya bukan satu khayalan …tapi ianya satu sejarah yg terbukti…

Ayuh ..wahai lelaki2 muslim …. marilah kita menjadi ”Lelaki Sejati”

…. Kita lah golongan yg akan membimbing kaum muslimat dalam kehidupan ini … …fikir2kanlah..adekah kamu sedang bersiap sedia menghadapi amanah2 dalam kehidupan menuju ke akhirat ini ???

……………………………………………………………………………………………..

Khutbah tadi …sgt menyentuh diri ana…sbb ana dapat rasekan tuntutan ini begitu besar…

Pelbagai soalan timbul dalam kepala…. adakah ana sudah menjadi lelaki sejati yg dimaksudkan itu ???

Selain citer pasl lelaki sejati ..

Just nk share..

Hr ni ana rase saat yg plg hepi kut ..for a while.. :P

Just memberi hak kepada badan utk berehat seketika sebelum masuk ke ZOn TEKAN (bukan zon tekanan) nanti..

2 minggu lagi .ana akan menghadapi final exam di sini..

Walaupun tidak byk subjek yg ana amik pada sem ini ..namun dapat dirasekan ..ianya bukan satu perkara yg mudah…

insyaAllah ana akan buat yg terbaik ….n ..just like da doc said.. take it easy.. jgn stress2 sgt… (I don’t want to rely on dat tagament all da time)

walaupun ..JELAs.. dpt dilihat.. lps exam ni ..byk mende nk kene buat… itu n ini… namun ..ana rase bertuah kerana dapat buat semua ini dan dapat pengalaman dalam semua ini…(so sorry my fren.. cuti kali ni ..maybe da bzziest holiday..for me… gonna do some construction on myself n other things )

Ana pun tidak sangka semua ni akan berlaku pada diri ana… bak seperti kata seorang senior yg tabah itu …

Kita tidak pernah menyangka sesuatu perkara itu akan berlaku … namun ..perkara yg baik ini ..tidak seharusnya kita kufuri…sebaliknya harus kita syukuri … J yup …

Tersentuh hati ana apabila bercerita dgnnya… Allah memberikan ana jawapan2 dalam persoalan yg bmain di minda ini ..daripada sahabat ini…

Alhamdulillah.. ana faham ..dan ana sedar jalan ini jalan yg berliku… ia satu perjalanan yg panjang yg memerlukan nafas yg panjang… insyaAllah ..ana harap ..ana sentiasa istiqamah dalam kebaikan..

nk post semlm tp sbb intent sakit kat utp ni so..tunda hr ni

Posted by: rabsani | April 18, 2008

Doa mohon petunjuk

“Ya Allah , sesungguhnya ak minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu.

Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa.

Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. “

(HR At-Tirmizi & Bukhari)

Posted by: rabsani | April 15, 2008

the Last one ….

Assalamualaikum…

insyaAllah ana just nk share …satu point yg bertajuk “the Last One”

Actually..

Allah swt telah memberikan ana jawapan2 kpd permasalah2 yg ana hadapi…

betui2 dpn mata da… tp ..ana masih tak nampak…

alhamdulillah… hari ni ..ana bersyukur kerana diberi peluang utk melihat , merenung dan mengkaji jawapan2 tersebut… dan insyaallah … dgn adenye jawapan2 ini ..ana akan teruskn kehidupan ini dgn cemerlang.

………………………

Satu perjalanan

“Berikan yg terbaik kerana ini mungkin peluang yg terakhir untuk mu berbakti…”

Lakukan yg tbaik dalam ape jua yg kita lakukan…

kerana.. kita tak pasti bila kah itu dan ini .. apekah itu dan ini ..pastikah itu dan ini …

kematian … itu pasti… cume kita tak pasti bile ia berlaku…

apekah ana akan stay dalam kursus kejuruteraan awam ini pun ..tak pasti ….

Apekah ana akan stay bersama Gayong dan RM atau tak ???

namun … ana melihat ..jwpnnya telah hadir dlm satu perkara yg ana pasti … iaitu masa depan yg dihadapan ana adalah satu perkara yg pasti akan sukar… oleh itu …

ana HArus berikan yg terbaik utk kdaan sekarang ..utk dijadikan pengajaran/panduan utk diri ana di masa akan datang … :) insyaAllah …

honestly.. bila diri merasa lemah dlm akademik …

jawapannya muncul apabila melihat adik2 yg dtg ke UTP hari ini utk EDUCAMP (kem utk pemilihan ke UTP)

…. teringat semangat diri ana dahulu yg sgt berkobar2 utk berjuang di kampus ini…teringat azam ana kalau dapat masuk utp ..dan cita2 yg tinggi itu …

2 am ... utp

kerana ana pada mase itu …dpt masuk utp kerana Rahmat Dan kasih ALLAH swt.., berkat doa ibubapa… guru2 dan sahabat2.

kalau bukan kerana itu …tak mungkin ana di sini…

Allah telah menunjkkn ana jawapannya melalui situasi ini …

insyaAllah ..ana akan back on track .. :)

……………..

(rindu sgt zaman duk kat blok propana… best sgt blaja mase tu ,hari2 studi..takde main2. … )

Muda mudi di utp

last sharing for today..

ana merasa sgt bertuah kerana dapt semua ini …

bukan senang nk jadi senang ..dan bukan susah nak jadi susah… :)

yg dlu kita jadikan pengajran ..yg skg ni kita buat betui2.. yg akan dtg kita sedia utknnya… insyaAllah

)

“If all of these are the last one …i hope i can do my very2 best for all of it…insyaALLAH :)

Posted by: rabsani | April 14, 2008

Masalah Hati ???

Assalamualaikum….

ana teringin nk share lirik2 ni ..sbb ia bley jadi satu peringatan utk kita sebagai hamba Allah … :)

Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih,Maha Penyayang

Carilah Cinta
by Raihan

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

…………………………………………..

Kasih Sayang
by Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

—Allah mengilhamkan sukma kefasiqkan dan ketaqwaan,

Beruntung bagi yang mensucikannya

Merugi bagi mengotorinya

Subhanallah

Posted by: rabsani | April 11, 2008

Hari Selayang Pandang 2

Assalamualaikum…….

kali ni ..ana share sdkt gmbr HAri Selayang Pandang 2 anjuran PSSGM UTP

huhu..

alhamdulillah… hari yg ckp bermakna buat ahli gayong :)

bagi ana.. pengalaman yg plg tak dilupai adalah dapat menjemput sendiri VVip pada hari itu ..

Cikgu Adiwijaya selaku Timbalan Yang Dipertua PSSGM :)

selame ni ..ana tak pernah terfikir akan jumpe dgn smua org2 besar gayong ni…

cikgu majid da jumpe.. ..anak dato meor ,puan faridah da jumpe… , allahyarhm cikgu mad lazim …wan FAuzi da jumpe… dan yg paling lame.. cikgu amin hamzah ..org lame gayong. hari2 ana jumpe :) (waktu ana pg latihn) :P

pada hari tu gak ..adalah hr yg ana rs plg Hepi …. :)

sbb berhasil jgk lah jemputan ana pd kwn2 ana… ramai gak turun ..

tp adik ana yg kat v1c tu tak turun …tido plak..huhuuh ..geram betui … (org nk die tgk gayong ni ..)

anyway… Thanks to all my Frenz :)

last sekali ..hari tu jgk .adalah hari yg plg Penat.. huhuhu… :P

bila da abis event tu ..ingatkn boleh rehat2.. tp ..sbnarnya.. byk keje2 lain sedang menunggu ..haha…

:P but once again .. ana remindkn diri ana.. kita takleh lari dari tanggungjawab.. so kita kene hadapinya :)

anyway…

last sharing utk HAri Selayang Pandang 2 ni adalah..

ana ingin ucapkan terima kasih pada semua yg terlibat menjayakan program ini ..secara langsung dan secara tak langsung…

hafiz.. pake,,azrul ..erin ,najwa, dilla…farhana …mizah…dan lain2… :)

thanks a lot …

ana mintak maaf kalau ade salah dan silap sepanjg kite buat keje ek :) kosong2 okies

…dats all for now..

wslm …. :)

Segayong , Seperigi , Sekendi .. sejalan :)

Cikgu amin kate..

Biar melangkah dalam gelap.. Jangan Rebah dalam terang …..

end…

Posted by: rabsani | April 9, 2008

KeredhaanMu………

Assalamualaikum

just nk share lirik lg ni …

sejak akhir2 ni …byk kjadian berlaku ….. ana actually nk citer sgt psl HAri Selayang Pandang anjuran PSSGM UTP ..tp ..takdpt rentak lg..sbb skg ni byk test dan lain2..

cume nk share lirik ni sbb ..ia nya kena pada diri ana skg …

di waktu ana terasa mula jauh dari NYA…. mula utk mendektkn diri dgn redha Manusia…
ana berasa gembira …tp disitu ada kepastian ..iaitu perkara yang ana kejar itu tidak pasti …
mungkin itu dan mungkin ini …teringat kata2 sahabat2..lebih baik mencegah dari merawat..
membelek buku bahtera penyelamat… ana terbaca satu ayat ….

kata2 Saidina Ali
“Sesiapa yg menjadi pemimpin orang lain, maka hendaklah ia mulai dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain.
Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tuturkata.
Orang yg mengajar dan mengasuh diri sendiri lebih berhak dimuliakan/dihargai dari orang yg mengajar dan mengasuh orang lain.”

ana memohon pada Allah agar ana mengambil tindakan yg bijak dan wajar…
namun setelah ana mengambil kputusan ..hati dan nafsu ini memberontak…
perasaan kecik hati … menimpa2…inilah dugaan ..dan mehnah dalam mencari redha ilahi.
ana merasa seperti ana shj yg bfikiran bgtu ..namun sebaliknya…
hanya ALLAH swt shj yg mengetahui apa yg tersirat…
InsyaAllah …ade hikmahnya semua ini terjadi………………..

utk renungan sahbat2 dan diriku….

KeredhaanMu

by In-Team

Ya Allah, Ya Tuhanku

HambaMu merindukan

Rahmat kasih sayangMu

Dan jua keredhaanMu

Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara

Namun ku sedari

KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yang sejati

PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu

Antara Kau dan aku

Tuhan,

Ku zalimi diri ini

Andai Kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

Tuhan,

Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

*I am looking for something…I find it in the deepest friendships. The kind that cherish all my life and when I know how much that means,I’ve found that special thing:- Friendship never ENDS…Peace :)

Posted by: rabsani | February 5, 2008

Adat Istiadat Silat Gayong

Assalamualaikum wt

Mandi tapak satu kemestian bagi ahli gayong

Setiap kali semester baru , akan diadakan satu majlis yg bernama “Mandi Tapak” untuk ahli2 baru dalam PSSGM UTP.

Alhamdulillah , semlm br shj lps menjayakn program tersebut untuk adik2 Intake Januari 2008.

ape yg ana share kat sini adalah antara point2 yg penting utk rujukan sahabat2 yang inginkan penjelasan dan insyaALLAH ana cuba memberi sekadar yg ana tahu shj dari pengalaman selama 7thn dalam gayong.

Sudah menjadi lumrah atau kebiasaan bagi adik2 baru yg menyertai silat gayong, utk mereka melalui proses ini …. dan ada yg boleh menerimanya dan ade juga yg “Terkejut” dgn ape yg mereka lalui ….huhuhuh …biase la tu ..awl2..

ok jgn bimbg.. jum tgk fact kat bwah ni

Surah Ad-Dzariyat ayat 56

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

Menurut Hadis yg pertama dalam Hadis 40 … ade menyatakan tentang Niat.

Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Al Khattab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RAsulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin kahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan itu.
[Bukhari dan Muslim]

from here kita dapat lihat yg niat yg menentukan ape jua perkara yg kita lakukan.

Utk pengetahuan sahabat2…

Niat – Kerana ALLAH swt – Dikira sebagai IBADAH – Dapat PAHALA

Niat – Kerana kebiasaan , ikut orang shj , – Dikira sebagai ADAT – Tak dapat ape2..(No pahala No Dosa)

Niat – Kerana utk melanggar syariat islam , lawan ALLAH , jahat – Dikira sebagai MAKSIAT – Dapat DOSA

Oleh itu , tidak perlulah kita takut kalau ade perkara yg kita tak pernah tgk tapi dilihat mase upacara ni …kerana setiap yg cikgu buat tu sebenarnya merupakan satu warisan turun temurun yg diterima dari mahaguru Datuk Meor. (pengasas Gayong)

pelbagai soalan timbul dari adik2 yg menjalani upacara itu … antaranya..kenapa kena sebut nama dibintikan dgn nama ibu … kenapa kene ikrar taat setia.. kenapa buah limau ..kenapa itu dan ini …

Sebenarnya… segala yg dilakukan itu mempunyai sebab2 tersendiri …

sebagai contoh ..kenapa dibintikan nama ibu semasa menerima taat setia… ia adalah kerana kita dilahirkan dari ibu ..dan oleh sbb itu ..kita sebut nama ibu mase tu …dan juga utk mengelakkn drp memalukan sesetgh org kerana bukan smua org dilahirkn dgn mmpnyai bapa yg sah.

contoh yg kdua …kenapa mandi dgn buah limau ? ,,, ini merupakan warisan zaman dahulu yg mana org melayu zaman tu menggunakan limau utk menyucikan diri ketika mandi ,,, berbeza dgn zaman skg yg da ade sabun.

contoh yg ketiga… perlu ke upacara khatam2 ??? yg ni sebenarnya satu upacara Graduasi lah dlm silat ni utk setiap pelajaran . berdasarkn pengalaman ana dlm upacara khatam keris bersama cikgu amin ni , dlm upacara tu byk perkara simbolik yg dilakukan tetapi perkara2 tu hanyalah satu istiadat. antara nya dlm progm tu ..cikgu terangkan maksud keris…satu penerangan yg tiada dlm kelas latihan biasa … pastu gerakan keris yg merangkumi semua sejarah melayu …dan juga tempur keris yg special.

insyaALLAH ..segalanya ade jawapan .. kita sebagai anak murid dizaman sains & teknologi ni kena la byk bertanya pada guru2 lame.

secara dasarnya kita tidak perlulah takut kerana apa yg diamalkan oleh guru2 lame dalam persilatan sebenarnya merupakan satu ADAT shj. Bila kita sebut adat… tak perlulah kita takut SELAGI niat kita tidaklah ke arah melanggar syariat ISLAM.

JOm kita tgk maksd adat

Adat daripada segi bahasa ialah ;

a) Aturan yang diamalkan sejak turun temurun oleh sesebuah masyarakat (customary law) –KAMUS DELTA edisi KBSM, 1993.

b) Peraturan yang lazim dipakai atau cara yang sudah menjadi kebiasaan –KAMUS UTAMA, Pustaka Zaman, 1983

c) ‘Usual way of behaving or acting, convention, accepted custom’,Kamus Dwi-Bahasa Oxford Fajar, Edisi Kedua, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1997

Daripada segi istilah undang-undang pula adat ialah ;

a) ‘A practice that has been followed in a particular locality in such circumstances that it is to be accepted as part of the law of that locality’ –THE CONCISE DICTIONARY OF LAW, Oxford University Press, 1988.

b) ‘A rule of conduct, obligatory on those within its scope, established by long usage. A valid custom has the force of law. Custom is to society what law is to the state. A valid custom must be of immemorial antiquity, certain and reasonable, obligatory, not repugnant to statute law, though it may derogate from the common law’ –OSBORNE’S DICTIONARY.

Adat pada hakikatnya berasal dari perkataan Arab. Dalam konteks ini, adat juga boleh dinamakan ’uruf’.

Dalam Persilatan … ade dua perkara yg orang keliru..

iaitu antara ADAT dan ISTIADAT

adat dah dijelaskan di atas.. jom tgk ape itu ISTIADAT pulak

Istiadat daripada segi bahasa ialah ;

a) Peralatan, upacara ( generally accepted behavior, rite, ceremony) –KAMUS UTAMA, Pustaka Zaman, 1983.

Manakala istiada daripada segi istilah umum ialah ;

a) Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (ceremony) –KAMUS DELTA, edisi KBSM, 1993.

b) Piece of formal procedure; observance of formalities- THE LITTLE OXFORD DICTIONARY, Oxford University Press, 1987.

ok ..now da faham ape itu adat n istiadat..jom tgk dalam konteks Silat GAyong pulak..

————————————————————–

adat sebagaimana difahami maksudnya sepertimana yang dijelaskan di atas adalah tertakluk dalam lingkungan amalan Silat Seni Gayong. Sumbernya diambil dari apa yang diajar atau disampaikan oleh allahyarham Dato’ Meor Abd Rahman, ayahandanya Daeng Uda Mohd Hashim dan kekanda beliau allahyarham Meor Abd Aziz. Adat ini seharusnya kekal dipakai sejauhmana tidak bertentangan denga syariat Islam.

Adat dalam Silat Seni Gayong boleh dibahagikan kepada

1. Penerimaan Murid

2. Gelanggang

3. Penerimaan Amanah (Watikah,Lantikan,Sandang,Bengkong,Cenderahati)

4. Pelajaran

5. Disiplin

6. Hak Mahaguru

7. Pakaian

8. Hormat

9. Kuasa

10. Jemputan

Sebagaimana dengan konsep adat, begitulah isitiadat. Istiadat boleh diterima maksudnya daripada segi bahasa, istilah dan konteks Silat Seni Gayong. Secara ringkasnya, perbezaannya boleh disimpulkan dalam satu kaedah umum iaitu,

‘Setiap istiadat ada adat tetapi setiap adat tidak semestinya mempunyai istiadat’.

Adat sesungguhnya merupakan satu tatasusila dan gaya hidup murni yang melambangkan ketinggian budi dan penerimaan universal sesuatu kelompok. Adat membentuk kesopanan dan suatu peraturan hidup masyarakat yang berbudaya. Manakala isitiadat pula menterjemahkan komitmen sesebuah masyarakat tertentu terhadap nilai adapt yang didokong. Kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu telah mencorak istiadat dan memberi persempadanan akhlak yang hakiki, sehinggakan adat yang hukumnya harus telah diiktiraf oleh agama sebagai ‘adat muhakkamah’. Dengan prinsip ini, Silat Seni Gayong akan terhindar daripada segala amalan syirik dan khurafat serta dapat mengekalkan identiti yang unik lagi tersendiri.

Istiadat Silat Seni Gayong boleh dibahagikan kepada ;

1) Perlimau Sintuk

2) Buka dan tutup gelanggang

3) Pertabalan

4) Pengkhataman

5) Ambil Tapak

6) Mandi (Mandi Minyak,Keris dan Lembing)

7) Kenduri

Penghuraian mengenai tatacara isitadat tertentu dalam Silat Seni Gayong memerlukan kajian yang lebih terperinci dan berhati-hati. Ini kerana, kadangkala istiadat disempurnakan melalui beberapa aturan yang berbeza-beza dan sesetengahnya amat jarang diadakan.

——————————————————————–

Cikgu Amin Hamzah & Panglima2 UTP (org lame yg bjasa)

para pembaca sekalian …..warisan ini merupakan satu perkara yang boleh diwarisi oleh generasi kita ini. Selagi mana kita yang menerimanya akan mengamalkannya berdasarkan niat yang betul dan tidak melanggar hukum2 Allah swt insyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.

“InsyaALLAH Takkan Melayu Hilang di Dunia”

Sumber:

1.Hadith 40 (Mustafa Abdul Rahman)

2.Selayang Pandang Silat Seni Gayong (Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain)

3.Perlembagaan & Adat Istiadat Gayong (buku kuning , Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain)

4.Laman Web Gayong IPTA & IPTS

5.Guruku , Cikgu Mohd Amin Hamzah ( Guru Lama Gayong)

6.Senior2,ku , Amir Fadhli Razali ( Imam Gelanggang UTP)

sahabat2 … seGayong

*Alhamdulillah..ini merupakan antara info yg ana usahakan dari tahun 2006 ..mase buat kajian tentang adat istiadat dalam silat… (tak complete lagi kajian ni ..nak sambung lagi… ) insyaALLAH..maafkan ana jika terdapat salah silap dalam penerangan di atas.

ape yg dterangkan di atas adalah daripada kefahaman penulis, oleh itu jika pembaca mempunyai sebarang pembetulan atau pendapat lain ..bolehlah emailkan kpd penulis di mohdamin87@gmail.com

Posted by: rabsani | January 31, 2008

Bisnes ??? satu pengalaman :)

Assalamualaikum

kali ni ana nk share psl bisnes…

dlu mase kecik2… suke tgk citer cine (drama bersiri)pkl 6ptg..tv3 bersama family..

pastu ..ade la skali tu cite pasal bisnes… em ..tak ingat tajuk die ,tp hero die nama Sam Man Sam(usahawan cine mase tu).

em..nk djadikan cite.. hero dlm cite tu pandai la trick2 bisnes ni…

one example yg ana masih ingat smpai skg ….

si Sam man sam ni satu ketika di kampung die ni , hujan lebat telah melanda… huhuhuh maka mulalah die ni dgn otak bisnesnye berfikir utk amik peluang ni …

fikir2… then … timbullah idea tuk jual Payung…

tp die consider utk amik stok kat mane.. bile duk tgk pembekal payung ni ..kebykkan bg harga RM10 la katekan …

die pun try cari yg lagi murah … nak di jadikan citer… die cari la daerah lain yg tempat tu tengah di landa musim kemarau yang amat panas…

disitu ..die telah berjaya beli Payung dgn harga jauh lebih murah utk djadikan stok bisnes di tmptnya.

anyway.. dlm cite ni .. byk lagi contoh idea2 pemikiran Bisnes yg menarik2… tp ana tak ingat smua… but ade lagi la yg lekat dlm kepala ni …

and nk dijadikan cerita..

ni pengalaman ana pulak…

mase mule2 masuk UTP ni ..ana pun ade gak buat bisnes…heheheheh… (kecil2an)

citenye gini ..

pada mulenye ana ditawarkan oleh seorang abg tu utk jadi wakil pengedar kurma Yusuf Taiyo kat Blok Propana (old village) …oleh kerana semangat muda yg membara..ana telah terus menerima tawarannya itu …

ana pun ape lagi .mulelah promote… tampal poster sana sini … n also amik tempahan dari bilik ke bilik… almaklumla..mase tu dekat bulan pose… huhuhu mmg High Demand la kurma ni … sbb bukak pose dgn kurma ni sunnah nabi.

mase tu ..ade la dalam dekat 20 org tempah dgn ana kurma ni …whut a gud job pada awlnya..

Unfortunately… bile dekat dgn bln pose tu ..ana call la abg tu … then die ckp stok da abis…huhuhuh …ana malam tu da la janji dgn budak2 ni nk pg hantar kurma kat bilik diorang…

huhhuhu punyala gelabah time tu ..

but then…ana duk pikir2… terdetik dlm hati ..ish ..takleh jadi gini ni… ak kena buat something ni ..

so ..ana pun ajak la kawn ana sorang ni …naik moto dgn ana..pegi ke Kedai Rahmat di taman maju ..yg kira2 ..5 minit naik moto..

then masuk kat kdai tu ..ana pun tgk la harga kurma kat situ … basiclly…all around RM 10 … exactly da same cam yg abg tu nak bg kat ana la…

then ana tanye la mamat kdai tu ..boleh kurang tak kalau nk amik byk ????

alhamdulillah die kate ..boleh.. so ..dipendekkn crita..ana pun beli la kurma tu dgn harga RM7 satu kotak..(untung rm3 kalau jual rm10)

pastu ape lagi ..angkut la kurma2 itu bersama kawan ana.. n kitaorg pun pegi la jual kat org2 yg da tempah dgn ana…

Alhamdulillah… Smua yg tempah dgn ana tu ..tak kisah pun ana tukar kurma lain cause diorang nk makan kurma je ..tak kisah brand ape pun…

at the end ..abis la jual smua kurma n dapat penuhi janji dgn orang yg menempah kurma … whut an exhausted day hari tu ..huhuhhu… (utng byk gak arr.. :P )

ape yg ana nk share kat sini sebenarnye adalah .. kepentingan utk kita .. sentiasa ade Inisiatif & Kreatif dalam menghadapi ape sahaje dugaan dlm kehidupan….kekdang tu ..things doesnt work as we expected.. but then ..we have to FAce it…

How to Face it.. its up to ourselves..

Point yg penting satu lagi … Never Give UP ….although it looks tough at the beginning..but try to work on it .. insyaALLAH u will success.

back to main Topic.. Bisnes …NEEds… All of that value..

teringin nk share pasl bisnes ni sbb ptg tadi ade Sesi dialog bersama Civil Eng department.. so dalam sesi tu ade tunjukkn yg engineer2 utp ni ..byk yg kurang Bisnes Acute. kurang skill berbisnes la … uhhuhu ..

Bersyukur pada ALLAHswt kerana ana ade skit pengalaman dlm bisnes ni … so ..harap2 sentiasa dibuka pintu rezeki olehNYA.

SEgala yg baik itu dari ALLAHswt dan yg buruk itu dari ALLAHswt juga tetapi disandarkan pada diri ana utk membezakan diantara Makhluk dan pencipta.

“sharing is caring”

Aaaamiinnnn…

Posted by: rabsani | January 15, 2008

Ape ertinya ak berumur 20 thn ???

Ape Ertinya Ak berumur 20 thn ?

Assalamualaikum wt…

n selamat datang kepada para sahabat2 sekalian :)

insyaALLAH utk post kali ni ..ana nk bercerita ttg tajuk kat atas tu …

Kita sering kali kata “masa itu emas” .. dan kita juga sering kali sebut “Masa itu ibarat pedang ..jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kite” …dan macam3 lagi ..

Ape ertinya ak berumur 20 thn ..

ertinya..

1) Da 20 thn hidup … (sound cam lame.. padahal it just a begining)

2) Da lame belajar .. but how much of those things really get into MY Head…. ???

3) Da lame gak tido .. em ..should think a solution for this prob… huhuhuh (org yg kuat tido –my frenz ..help me….)

4) Da byk teori2 motivasi& management dipelajari .. masenye utk praktikal plak

5) Da menyedari hakikat KEHIDUPAN yang sebenar…. :) Alhamdulillah

insyaALLAH..5 point je ana share kat sini ..actually.. point 1-4 tu namanye membebelje..

point yg penting adalah yg kelima tu..

Ok .. speaking of meaning of life… mcm2 jawapan kita akan dgr..

-bile org yg selalu tgk anime ..tgk drama jepun ke.. korea ke.. akan jawab life must be simple, romantc.. n enjoy

-bagi org yg komited dgn keje or ape2 … diorang akn jwb .. life to the fullest…

and so on .. byk lagi…

alhamdulillah… bile makin lame ni makin sedar ..makin celik … bak kate kawn ana farhan ..”mata yg terbuka tak semestinya melihat” …

Teringatkan satu program Management yg ana sertai … kata tuan penceramah … kalau kite buat Event.. jangan jadi Event oriented..tapi jadi Objective oriented…

bile kita buat sesuatu tidak ade objektif ..progrm kita tu akan jadi ntah ape2… takde direction .. em .. just a little bit of dat.

ok ..back to da main point..

ERti Kehidupan ..

Kehidupan kita ni sebenarnya ade OBJeKtifnya sendiri..

Tahu tak ape ????

kalau nk tahu..

check

1) Surah Ad-Dzariyat ayat 56

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

2) Surah Al-Baqarah ayat 30

“……..aku hendak menjadikan Khalifah di bumi.”

Sama2 kita renungkan …

Islam itu agama yang diturunkan oleh ALLAH swt dari langit melalui perantaraan jibril kepada nabi Muhammad saw dan merupakan agama langit yang terakhir dan ajarannya melengkapi keseluruhan aspek kehidupan dan sesuai utk sepanjang zaman.

Satu persoalan utk difikirkan …

”mengapa kita masih mencari cara hidup lain selain islam ? ”

last one hadith to share ..

Rasulullah saw bersabda

“Apabila datang kepadaku suatu hari , sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada ALLAH azzawajalla , maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu”

oleh itu … jejom tambahkn ilmu setiap hari … !!!!!! setiap hari pendirian kita akan dperbetulkan oleh petunjuk dari ALLAHswt ..insyaALLAH … :)

« Newer Posts - Older Posts »

Categories