Posted by: rabsani | April 25, 2008

Lelaki Sejati

Assalamualaikum

Hari ni hari jumaat… penghulu segala hari … khutbah hari ni ckp bermakna.


Teringin utk ana share ape yg ana lalui hari ni…

Ketika berada di masjid semasa khutbah jumaat hari ini… ana begitu terkesan dgn khutbah yg disampaikan oleh ustaz Rahmat… khutbah yg bermesejkan ttg ”LELAKI SEJATI” ….

Diceritakan ttg ..perihal lelaki sejati menurut islam

Ustz memberikan perumpaan lelaki sejati adalah seperti unta yg boleh memikul beban dan boleh digunakan dalam perjalanan yang jauh.

Beban di sini ibarat amanah dan perjalanan yang jauh itu ibarat perjalanan hidup ini menuju ke akhirat. Seorang lelaki yg mampu memikul amanah dan mampu membawanya dengan baik hingga ke akhirat sana itulah yg digelar Lelaki sejati…

Lelaki sejati bukanlah diukur melalui kekuatann fizikalnya…

Lelaki sejati bukanlah diukur melalui lebat misai dan janggutnya…

Lelaki sejati bukannlah diukur dari segi umurnya…

Tetapi lelaki sejati sebenarnya diukur daripada pemikirannya…

Diceritakan satu kisah

Di zaman Saidina Umar menjadi khalifah…

Beliau telah terserampk dgn sekumpulan kanak2 yg sedang bermain.

Melihat kemunculan saidina Umar… kanak2 tersebut terus melarikan diri namun ada sorang budak tu tidak berbuat demikian…

Lalu Saidina Umar bertanya… kenapekah kamu tidak turut serta melarikan diri?

Lalu budak tu menjawab .. wahai amirul mukminin ..kenapekah ak harus melarikan diri sedangkan ak tidak melakukan apa2 kesalahan???

Satu lagi kisah..

Sorang kanak2 telah mewakili kaumnya.. untuk bertemu dengan salah sorang khalifah di bawah zaman bani umaiyah (if i’m not mistaken)..

Pastu bila die masuk menghadap khalifah…

Khalifah tu tanye die.. kenape kamu yg mewakili kaum mu ? kenapa tidak dihantar org yg lebih tua yg lebih arif ?

Lalu budak tu menjawab.

Kalau lah begitu pendapat tuan , masih ramai lagi (org tua) yg layak menjadi khalifah …kenapakah tuan yg menjadi khalifah ?

Daripada dua cerita ni … ustz menghuraikan ..seorang lelaki sejati ..seharusnya mempunyai pemikiran yg bijaksana dan di kaitkan dengan tiadanya faktor umur dalam menentukan seseorang itu lelaki sejati. Diterangkan lelaki pada masa kini …zahirnya sahaja berusia matang tetapi pemikiran masih lagi di tahap yg rendah…

Lelaki sejati adalah lelaki yang pemikirannya bijaksana dan keseluruhan hidupnya adalah sentiasa untuk meningkatkn keupayaan dirinya.

Lelaki yang berusia lanjut sekalipun jika hidupnya masih bermain2 di ruang emosi yg tidak stabil … menjadikan perkara yg tidak penting sebagai penting ..dan menghabiskn masa hidupnya dengan perkara sia2… tidak layak digelar lelaki sejati.

Lelaki sejati merupakan golongan yg mempunyai character mereka tersendiri dalam kehidupan ini…. mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah2 yahudi ..dan merekalah yang akan menjadi role model dalam kehidupan ini.

Di zaman ini ….

Golongan pemuda dilonggokkn dengan pelbagai hiburan dan gaya hidup barat yang tidak selari dengan tuntutan islam…

Perkara2 melalaikan yg dimomokkn ke dalam setiap ruang kehidupan masa kini ..menyukarkn wujudnya golongan lelaki sejati ini….

Namun begitu ..ayuhlah kita ..kembali kepada ajaran Islam yang sebenar….

Ianya bukan satu khayalan …tapi ianya satu sejarah yg terbukti…

Ayuh ..wahai lelaki2 muslim …. marilah kita menjadi ”Lelaki Sejati”

…. Kita lah golongan yg akan membimbing kaum muslimat dalam kehidupan ini … …fikir2kanlah..adekah kamu sedang bersiap sedia menghadapi amanah2 dalam kehidupan menuju ke akhirat ini ???

……………………………………………………………………………………………..

Khutbah tadi …sgt menyentuh diri ana…sbb ana dapat rasekan tuntutan ini begitu besar…

Pelbagai soalan timbul dalam kepala…. adakah ana sudah menjadi lelaki sejati yg dimaksudkan itu ???

Selain citer pasl lelaki sejati ..

Just nk share..

Hr ni ana rase saat yg plg hepi kut ..for a while.. :P

Just memberi hak kepada badan utk berehat seketika sebelum masuk ke ZOn TEKAN (bukan zon tekanan) nanti..

2 minggu lagi .ana akan menghadapi final exam di sini..

Walaupun tidak byk subjek yg ana amik pada sem ini ..namun dapat dirasekan ..ianya bukan satu perkara yg mudah…

insyaAllah ana akan buat yg terbaik ….n ..just like da doc said.. take it easy.. jgn stress2 sgt… (I don’t want to rely on dat tagament all da time)

walaupun ..JELAs.. dpt dilihat.. lps exam ni ..byk mende nk kene buat… itu n ini… namun ..ana rase bertuah kerana dapat buat semua ini dan dapat pengalaman dalam semua ini…(so sorry my fren.. cuti kali ni ..maybe da bzziest holiday..for me… gonna do some construction on myself n other things )

Ana pun tidak sangka semua ni akan berlaku pada diri ana… bak seperti kata seorang senior yg tabah itu …

Kita tidak pernah menyangka sesuatu perkara itu akan berlaku … namun ..perkara yg baik ini ..tidak seharusnya kita kufuri…sebaliknya harus kita syukuri … J yup …

Tersentuh hati ana apabila bercerita dgnnya… Allah memberikan ana jawapan2 dalam persoalan yg bmain di minda ini ..daripada sahabat ini…

Alhamdulillah.. ana faham ..dan ana sedar jalan ini jalan yg berliku… ia satu perjalanan yg panjang yg memerlukan nafas yg panjang… insyaAllah ..ana harap ..ana sentiasa istiqamah dalam kebaikan..

nk post semlm tp sbb intent sakit kat utp ni so..tunda hr ni


Leave a response

Your response:

Categories