Posted by: rabsani | February 5, 2008

Adat Istiadat Silat Gayong

Assalamualaikum wt

Mandi tapak satu kemestian bagi ahli gayong

Setiap kali semester baru , akan diadakan satu majlis yg bernama “Mandi Tapak” untuk ahli2 baru dalam PSSGM UTP.

Alhamdulillah , semlm br shj lps menjayakn program tersebut untuk adik2 Intake Januari 2008.

ape yg ana share kat sini adalah antara point2 yg penting utk rujukan sahabat2 yang inginkan penjelasan dan insyaALLAH ana cuba memberi sekadar yg ana tahu shj dari pengalaman selama 7thn dalam gayong.

Sudah menjadi lumrah atau kebiasaan bagi adik2 baru yg menyertai silat gayong, utk mereka melalui proses ini …. dan ada yg boleh menerimanya dan ade juga yg “Terkejut” dgn ape yg mereka lalui ….huhuhuh …biase la tu ..awl2..

ok jgn bimbg.. jum tgk fact kat bwah ni

Surah Ad-Dzariyat ayat 56

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

Menurut Hadis yg pertama dalam Hadis 40 … ade menyatakan tentang Niat.

Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Al Khattab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RAsulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin kahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan itu.
[Bukhari dan Muslim]

from here kita dapat lihat yg niat yg menentukan ape jua perkara yg kita lakukan.

Utk pengetahuan sahabat2…

Niat – Kerana ALLAH swt – Dikira sebagai IBADAH – Dapat PAHALA

Niat – Kerana kebiasaan , ikut orang shj , – Dikira sebagai ADAT – Tak dapat ape2..(No pahala No Dosa)

Niat – Kerana utk melanggar syariat islam , lawan ALLAH , jahat – Dikira sebagai MAKSIAT – Dapat DOSA

Oleh itu , tidak perlulah kita takut kalau ade perkara yg kita tak pernah tgk tapi dilihat mase upacara ni …kerana setiap yg cikgu buat tu sebenarnya merupakan satu warisan turun temurun yg diterima dari mahaguru Datuk Meor. (pengasas Gayong)

pelbagai soalan timbul dari adik2 yg menjalani upacara itu … antaranya..kenapa kena sebut nama dibintikan dgn nama ibu … kenapa kene ikrar taat setia.. kenapa buah limau ..kenapa itu dan ini …

Sebenarnya… segala yg dilakukan itu mempunyai sebab2 tersendiri …

sebagai contoh ..kenapa dibintikan nama ibu semasa menerima taat setia… ia adalah kerana kita dilahirkan dari ibu ..dan oleh sbb itu ..kita sebut nama ibu mase tu …dan juga utk mengelakkn drp memalukan sesetgh org kerana bukan smua org dilahirkn dgn mmpnyai bapa yg sah.

contoh yg kdua …kenapa mandi dgn buah limau ? ,,, ini merupakan warisan zaman dahulu yg mana org melayu zaman tu menggunakan limau utk menyucikan diri ketika mandi ,,, berbeza dgn zaman skg yg da ade sabun.

contoh yg ketiga… perlu ke upacara khatam2 ??? yg ni sebenarnya satu upacara Graduasi lah dlm silat ni utk setiap pelajaran . berdasarkn pengalaman ana dlm upacara khatam keris bersama cikgu amin ni , dlm upacara tu byk perkara simbolik yg dilakukan tetapi perkara2 tu hanyalah satu istiadat. antara nya dlm progm tu ..cikgu terangkan maksud keris…satu penerangan yg tiada dlm kelas latihan biasa … pastu gerakan keris yg merangkumi semua sejarah melayu …dan juga tempur keris yg special.

insyaALLAH ..segalanya ade jawapan .. kita sebagai anak murid dizaman sains & teknologi ni kena la byk bertanya pada guru2 lame.

secara dasarnya kita tidak perlulah takut kerana apa yg diamalkan oleh guru2 lame dalam persilatan sebenarnya merupakan satu ADAT shj. Bila kita sebut adat… tak perlulah kita takut SELAGI niat kita tidaklah ke arah melanggar syariat ISLAM.

JOm kita tgk maksd adat

Adat daripada segi bahasa ialah ;

a) Aturan yang diamalkan sejak turun temurun oleh sesebuah masyarakat (customary law) –KAMUS DELTA edisi KBSM, 1993.

b) Peraturan yang lazim dipakai atau cara yang sudah menjadi kebiasaan –KAMUS UTAMA, Pustaka Zaman, 1983

c) ‘Usual way of behaving or acting, convention, accepted custom’,Kamus Dwi-Bahasa Oxford Fajar, Edisi Kedua, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1997

Daripada segi istilah undang-undang pula adat ialah ;

a) ‘A practice that has been followed in a particular locality in such circumstances that it is to be accepted as part of the law of that locality’ –THE CONCISE DICTIONARY OF LAW, Oxford University Press, 1988.

b) ‘A rule of conduct, obligatory on those within its scope, established by long usage. A valid custom has the force of law. Custom is to society what law is to the state. A valid custom must be of immemorial antiquity, certain and reasonable, obligatory, not repugnant to statute law, though it may derogate from the common law’ –OSBORNE’S DICTIONARY.

Adat pada hakikatnya berasal dari perkataan Arab. Dalam konteks ini, adat juga boleh dinamakan ’uruf’.

Dalam Persilatan … ade dua perkara yg orang keliru..

iaitu antara ADAT dan ISTIADAT

adat dah dijelaskan di atas.. jom tgk ape itu ISTIADAT pulak

Istiadat daripada segi bahasa ialah ;

a) Peralatan, upacara ( generally accepted behavior, rite, ceremony) –KAMUS UTAMA, Pustaka Zaman, 1983.

Manakala istiada daripada segi istilah umum ialah ;

a) Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (ceremony) –KAMUS DELTA, edisi KBSM, 1993.

b) Piece of formal procedure; observance of formalities- THE LITTLE OXFORD DICTIONARY, Oxford University Press, 1987.

ok ..now da faham ape itu adat n istiadat..jom tgk dalam konteks Silat GAyong pulak..

————————————————————–

adat sebagaimana difahami maksudnya sepertimana yang dijelaskan di atas adalah tertakluk dalam lingkungan amalan Silat Seni Gayong. Sumbernya diambil dari apa yang diajar atau disampaikan oleh allahyarham Dato’ Meor Abd Rahman, ayahandanya Daeng Uda Mohd Hashim dan kekanda beliau allahyarham Meor Abd Aziz. Adat ini seharusnya kekal dipakai sejauhmana tidak bertentangan denga syariat Islam.

Adat dalam Silat Seni Gayong boleh dibahagikan kepada

1. Penerimaan Murid

2. Gelanggang

3. Penerimaan Amanah (Watikah,Lantikan,Sandang,Bengkong,Cenderahati)

4. Pelajaran

5. Disiplin

6. Hak Mahaguru

7. Pakaian

8. Hormat

9. Kuasa

10. Jemputan

Sebagaimana dengan konsep adat, begitulah isitiadat. Istiadat boleh diterima maksudnya daripada segi bahasa, istilah dan konteks Silat Seni Gayong. Secara ringkasnya, perbezaannya boleh disimpulkan dalam satu kaedah umum iaitu,

‘Setiap istiadat ada adat tetapi setiap adat tidak semestinya mempunyai istiadat’.

Adat sesungguhnya merupakan satu tatasusila dan gaya hidup murni yang melambangkan ketinggian budi dan penerimaan universal sesuatu kelompok. Adat membentuk kesopanan dan suatu peraturan hidup masyarakat yang berbudaya. Manakala isitiadat pula menterjemahkan komitmen sesebuah masyarakat tertentu terhadap nilai adapt yang didokong. Kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu telah mencorak istiadat dan memberi persempadanan akhlak yang hakiki, sehinggakan adat yang hukumnya harus telah diiktiraf oleh agama sebagai ‘adat muhakkamah’. Dengan prinsip ini, Silat Seni Gayong akan terhindar daripada segala amalan syirik dan khurafat serta dapat mengekalkan identiti yang unik lagi tersendiri.

Istiadat Silat Seni Gayong boleh dibahagikan kepada ;

1) Perlimau Sintuk

2) Buka dan tutup gelanggang

3) Pertabalan

4) Pengkhataman

5) Ambil Tapak

6) Mandi (Mandi Minyak,Keris dan Lembing)

7) Kenduri

Penghuraian mengenai tatacara isitadat tertentu dalam Silat Seni Gayong memerlukan kajian yang lebih terperinci dan berhati-hati. Ini kerana, kadangkala istiadat disempurnakan melalui beberapa aturan yang berbeza-beza dan sesetengahnya amat jarang diadakan.

——————————————————————–

Cikgu Amin Hamzah & Panglima2 UTP (org lame yg bjasa)

para pembaca sekalian …..warisan ini merupakan satu perkara yang boleh diwarisi oleh generasi kita ini. Selagi mana kita yang menerimanya akan mengamalkannya berdasarkan niat yang betul dan tidak melanggar hukum2 Allah swt insyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.

“InsyaALLAH Takkan Melayu Hilang di Dunia”

Sumber:

1.Hadith 40 (Mustafa Abdul Rahman)

2.Selayang Pandang Silat Seni Gayong (Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain)

3.Perlembagaan & Adat Istiadat Gayong (buku kuning , Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain)

4.Laman Web Gayong IPTA & IPTS

5.Guruku , Cikgu Mohd Amin Hamzah ( Guru Lama Gayong)

6.Senior2,ku , Amir Fadhli Razali ( Imam Gelanggang UTP)

sahabat2 … seGayong

*Alhamdulillah..ini merupakan antara info yg ana usahakan dari tahun 2006 ..mase buat kajian tentang adat istiadat dalam silat… (tak complete lagi kajian ni ..nak sambung lagi… ) insyaALLAH..maafkan ana jika terdapat salah silap dalam penerangan di atas.

ape yg dterangkan di atas adalah daripada kefahaman penulis, oleh itu jika pembaca mempunyai sebarang pembetulan atau pendapat lain ..bolehlah emailkan kpd penulis di mohdamin87@gmail.com


Leave a response

Your response:

Categories